Terbaik, berbaloi pegi tengok. Kepada peminat koleksi Fast & Furious dari 1 sampai 4, jangan lupa untuk tonton Fast Five. Rating aku bagi 9/10.
Sabtu, 30 April 2011
Speed Racer
"Beruk" dua ekor ni memang buat aku pecah perut malam ni.siot btol.Satu kombinasi yang menjadi antara manusia dan binatang. Walaupon dah 3 tahun movie Speed Racer diterbitkan baru malam ni aku layan..Ni semua gara2 time aku donlod dulu kualiti gambar macam hampeh
Jalan cerita memang tak masuk dek akal dah tapi best jugak tengok cerita penuh animasi dan fantasi..Apa pon aku bagi 10/10 bintang untuk dua ekor beruk ni..hahaha
Jumaat, 29 April 2011
1 liter air mata
"For me, as long as it's you saying it, it doesn't matter how slowly you say it, I'll still listen.
If you can't talk over the phone, then I'll come to see you, just like this.
If you want to walk, no matter how slow it will be, I'll walk with you." nice...
Sedap jugak drama Jepun ni...
Khamis, 28 April 2011
Tiada lagi....
- Tiada lagi assignment.
- Tiada lagi tutorial.
- Tiada lagi kuiz, test dan exam.
- Tiada lagi homework yg perlu disiapkan last minit.
- Tiada lagi kuliah dan kelas.
- Tiada lagi makmal dan bengkel.
- Tiada lagi presentation.
- Tiada lagi kerja berkumpulan.
- Tiada lagi report.
- Tiada lagi FYP.
"Graduasi USM dengan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal Universiti Sains Malaysia"
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi.
Rabu, 27 April 2011
Wishlist before grad (1)
Im done!!
Satu wish sudah tercapai!!Video pertama donlod melalui fileserve. Tq kepada Luqman or sifu
donlod sebab ajar..Lepas ni tak perlu risau sekiranya bosan dok kat rumah.
donlod sebab ajar..Lepas ni tak perlu risau sekiranya bosan dok kat rumah.
Sudah ada bahan untuk berhibur. Semoga wish-wish yang lain akan menyusul dan terlaksana nanti.
Barang lama tapi sentimental
Sebelum kelahiran fb, fs lebih dulu popular. Tapi itu dulu, sekarang dah lain.
Tengok la aku punya komen, paling latest last year Jan. Rasanya ramai kot yang
berkubur fs diorang tapi tak bagi aku, akan cuba mempertahankannya selama
yang boleh walaupon tak update sebab banyak kenangan dengan fs ni.
Kalau korang masih lagi ingat password, boleh datang zairah fs aku ni. Nak jadi
friend pon boleh tapi kalau dah sampai tahun 2020 tak approved lagi jgn marah ye..haha
nickname: are_peace (jangan tya pesal profile pict mcm sedih ja, sebab aku pon dah mula lupa kenapa aku letak pict tu)
Isnin, 25 April 2011
Wishlist before grad
Sebelum habis kat USM ni, ada beberapa perkara penting yang aku perlu setelkan secepat mungkin dalam masa kurang dari 10 hari.
- abeskan main game need for speed most wanted
walaupon dah outdated, 2 tahun terbantut - belajar cara mendolod movie, video bola, file yang besar terus dari internet. sebelum ni hanya mengharap sharer-sharer yg budiman, lepas abes study ni senang nak download sendiri.
- layan drama Korea sampai putih mata. target abeskan Secret Garden dulu, then My gf is Gumiho, 49 days, ....
- belajar main dota
memang nub btol I want to confess something- lastly, get a job!!!
Tetiba lapar buah lak..adeiii |
Jumaat, 22 April 2011
Maka hari ini....
Maka hari ini, tamatlah final exam yang dah 4 tahun aku lalui.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa nikmatnya.
Nak cakap dah grad secara tak secara rasmi sebagai pelajar
kejuruteraan belum lagi sebab viva fyp tak habis lg..haha
So, tunggu habis dulu viva baru buat pengumaman lain ok.
Dalam ramai2 ni, aku sorang ja yang boleh bergumbira.
Kepada yang lain yang belum habis lagi, jangan dok gatal2 nak melompat sana sini..hahaha
Oh ya, aku punya buku pelawat dah mencecah 10k pada hari ni gak!!Jutaan terima kasih kepada
semuayang sudi singgah blog yang tak seberapa ni. Rasanya dah 7 bulan usia blog ni. Harap2
lepas tamat belajar ni masih ada kudrat dan feeling untuk berblogging :)

Khamis, 21 April 2011
Rabu, 20 April 2011
Kenikmatan Study
Ada ke kenikmatan bila belajar??Lagi stress ada la, dengan berserabut tak paham buat sakit kepala otak je. Mungkin ada orang akan beranggapan sedemikian. Tapi, kadang-kadang kita tak sedar apabila kita mencapai kenikmatan belajar or ulang kaji ni. Berdasarkan pengalaman aku sebagai student sejak dari kecil sampai dah besar panjang, ada beberapa faktor, penyebab atau keadan yang menyumbang untuk mencapai tahap ni :
- Keadaan persekitaran yang tenang, sbg contoh di saat ketika ni persekitaran bilik aku sungguh nyaman,tenang tak bising dan baru lepas hujan. Angin-angin sejuk menghembus lembut
tido pon bagus kan - Keadaan fizikal yakni kesihatan yang baik. Kalau badan letih, otak pening, kepala serabut boleh ke nak dapat nikmat study?
- Perut ala ala kenyang. Kalau kenyang sangat susah, lapar sangat pon tak boleh fokus
asyik ingat nasi lemak kedai mamak naser ja - Tunaikan tanggungjawab yang wajib. Kalau study tengah malam, selesaikan dulu solat Isya jgn ditangguhkan.
- Pastikan bahan untuk belajar cukup. note,pen,pensil,buku,calculator..kalau tak nanti tetiba ingat formula n nak kira calculator hilang lak, tinggal kulit ja..tak kan nak pakai hp kot
sms boleh la - Ada sikit penghalwa telinga yang sedap didengar seperti ayat suci Al-Quran ke, nasyid or lagu-lagu kegemaran korang bergantung pada minat masing. Baru bermotivasi sket.
- Feel fresh, hati tenang, tak ada masalah dan menguap pon jarang-jarang keluar.
- Dan yang paling penting set your mind clearly, kenapa korang berada ditempat korang sekarang, apa tujuan kerusi, meja dan lampu depan korang, dah lupa ke 'orang' yang kat rumah tu dan bla bla bla...malas nak berleter malam-malam ni..hehehe
Selasa, 19 April 2011
Cerita santai
Kasih suami pada isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Kantoi
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?"tanya si teman penuh simpati.
"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!!

Kanggaro
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

Pelatih baru
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Petikan tanpa kebenaran dari kahkah
Isnin, 18 April 2011
FYP(5)
Maka hari ini, 18 April 2011 saya akui sebagai pelajar sekolah Mekanik USM
tahun 4 secara rasminya telah menghantar thesis Final Year Project tepat pada
pukul 11.40 pagi bertempat di Pejabat Am Sekolah Mekanik. Setelah berhempas pulas,
berpenat lelah, bersengkang mata, bermuram durja dan ber ber lagi selama hampir 5 bulan,
akhirnya siap juga thesis ini. Dengan itu, tiada lagi hari-hari saya menghadap Word, tetapi perlu bertukar ke Power Point pulak untuk siapkan slide presentation bagi sesi viva la vida akan datang.

Oh ya, hari ni juga diisytiharkan secara rasmi bahawa Minggu Peperiksaan Semester Akhir sudah bermula!! Aku dah lepas 1 paper, then jumaat ni pulak..rizab kepala otak jap petang ni..
Kalau layan movie sambil pekena pisang goreng dgn teh ais pon cantek ni..perghhh!!
Kalau layan movie sambil pekena pisang goreng dgn teh ais pon cantek ni..perghhh!!
Ahad, 17 April 2011
Selamat Berjuang
Final exam terakhir bagi aku setelah 7 semester aku lalui di alam universiti, 2 semester di alam matrikulasi.
Semoga yang penghabisan ini aku dan rakan-rakan yang lain memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang dari exam yang sebelum ini. Semoga berjaya!!!
Pesanan:
-Pastikan tido cukup (jgn jadi kelawar lak musim exam ni)
-slip exam dah print (jangan buat2 lupa bila dah masuk dewan)
-alat tulis semua cukup (jangan hari exam mula gelabah cari kawan nak pinjam pen)
-sebelum masuk exam jgn lupa breakfast (pastikan jangan silap makan, kang tak pasal-pasal exam dalam toilet).
-tahu bila,masa dan tempat nak exam (kalau silap nanti spoil mood exam).
-yang terakhir, mintalah pada si Dia Yang Berkuasa semoga dipermudahkan ketika menjawab :)ikhlas dari apis 2011
Jumaat, 15 April 2011
UEFA Champions League 2010/2011
Who is the best??Who will be the winner??
The 2010/11 UEFA Champions League Final will be played on Saturday 28 May 2011 at the Wembley Stadium in London, starting at 20:45 CET(MAS 3.45am).
-always united-GGMU-
-always united-GGMU-
Khamis, 14 April 2011
Teka-Teki
1. Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
2. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
3. Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
4. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
5. Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
6. Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
7. Kereta dengan motor, mana lebih tua?
8. Dalam banyak- banyak pokok, pokok apa yg baik hati?
9. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
10. Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
11. Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati…’?
Jawapan.
1. Tukang gali kubur.
2. kene la tebang, tak kan nak cabut lak kan..hehe
3. kutu rambut
4. sebab lelaki ni kan ‘buaya’
5. air terjun sebab dia berani terjun.
6. Subgai Besi
7. jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat
8. Pokok pisang sebab keluarkan jantungnya.
9. Meter bas.
10. Pintu yang ade tulis ‘TARIK’
11. Usus
Sekadar gurauan, kurangkan stress study anda :)
Rabu, 13 April 2011
Bangunan 1.6 km???
JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.
Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.
Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.
Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi
Petikan tanpa kebenaran dari Kosmo!

Renungan: Manusia tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada.
Selasa, 12 April 2011
Harapan setinggi gunuit
Berikut adalah company yang aku telah tinggalkan harapan sebesar gunuit everest,
dan semoga satu hari nanti dapat masuk kerja sebagai seorang engineer.
dan semoga satu hari nanti dapat masuk kerja sebagai seorang engineer.
Next (14/5/2011)
And next???
TETAPI
harap-harap bukan la yang ni aku masuk daftar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semoga kita semua dilimpahi nikmat kesihatan yang baik. Amin. |
Isnin, 11 April 2011
Lagenda Budak Kampung
9-11. Korang jangan pikir 9-11 adalah tarikh serangan pengganas lak. Umur aku ketika berusia 9 tahun hingga 11 tahun merupakan had umur yang paling nakal aku rasa. Darjah 6 dah kena paksa dengan cikgu p kelas tuisyen, kononya nak skor UPSR so kurang la sket kenakalan aku. Pada usia sebeginilah macam-macam aktiviti yang dilakukan. Bagi sesapa yang membesar disuasana kampung, aku rasa mesti banyak pengalaman bersama kawan-kawan semasa zaman kanak-kanak kan.
Pesal dengan diri aku, tetiba nak imbas kembali zaman kanak-kanak lak. Pada minggu lepas semasa balik bercuti kat kg, tengah duduk termenung dihalaman rumah menghirup udara segar petang yang tenang aku terlihat kelibat kanak-kanak sekitar umur 9-11 tahun termasuk la sepupu aku sedang asyik bermain aci nyorok. Macam-macam gelagat sampai buat aku tersengih sorang-sorang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kejap budak ni kena marah, kejap kena maki lak..aishhh, dh serupa macam aku dulu. Terfikir gak, klu la ada ipad time petang tu, confirm punya entry ni dah publish 3 4 hari yg lepas..hehehe
Permainan guli, baling kasut, aci ligan aka polis 1 2 3, sorok menyorok, galah panjang, main getah, main wau, main bola, panjat pokok, mandi sungai, tirup ikan, tahan ikan time banjir, tangkap ikan kat bendang, makan tebu yang x tahu sape tuan dia, main rakit batang pisang, lumba basikal, dan banyak lagi la nak tulis. Pantang hari cuti sekolah, aku lah yang paling riang skali masa dulu. Celik-celik mata dari tido dah terus hilang. Tengok-tengok dah separuh bogel berendam dalam sungai. Waktu petang lak, selagi tak kena jerkah dengan mak suruh balik jangan harap la nak balik selagi langit tak gelap.
Kaki, lengan dan macam rambo. Berparut sana sini, maklum la kan kanak-kanak aktif. Kejap calar kena duri pokok time main nyorok2, kejap luka jatuh basikal time race ala2 mat rempit, kejap berdarah kena batu masa jatuh main aci ligan. Macam-macam kan. Depan rumah aku ada sebatang sungai, dan diseberang sungai tu ada lagi rumah orang. Kalau petang-petang kat situlah port aku bermain. Selalunya aku jarang sangat guna titi nak kesana, jalan pintas aku terjun je sungai tu then terus cross ke sana. Punya la nak cepat p main. Tapi time air cetek ja boleh cross, time air penuh lain cerita lak..mandi sungai tak payah cakap la. Budak kampung kalau tak reti berenang beter jangan panggil budak kampung. Antara peristiwa mandi sungai yang tak dapat lupa bila lintah hinggap kat tempat tuttttt yang belakang punya...Mau gelabah dibuatnya tapi selamat dapat dikeluarkan.hehehe
Kalau musim buah or musim bajak bendang ke lain cerita lak. Musim buah selalunya semua jadi macam kera. Asyik2 panjat pokok manggis, rambutan..Kekadang tuan punya pokok pon makan tak kenyang lagi sebab kami dah rembat dulu. Kalau musim padi dah dituai, ikan selalunya banyak dalam bendang seperti puyu, haruan, sepat dan keli. Time ni la nak main selut or bergusti sambil tangkap ikan. Balik rumah confirm la big boss marah sebab baju bertukar color.
Cuba korang fikir, kalau sekarang umur dah 23 mean semua kenangan ni dah berlalu hampir 12 tahun!Cepatnya masa berlalu, pejam celik nanti dah jadi orang tua lak, itupon kalau panjang umur kan. Aku bersyukur sebab dibesarkan di kampung, sedikit sebanyak dapat kenal erti hidup yang sederhana. Dan yang paling penting, pengalaman semasa di zaman kanak-kanak tak akan aku lupakan sampai bila2. Hanya sekali seumur hidup dapat melalui pengalaman macam ni :)

Ahad, 10 April 2011
BBQ Mech Preview
Akhirnya, sempat jugak aku siapkan laporan BBQ mekanik+manufac yang sudah tertunda sejak seminggu yang lepas. Pada 4/4/11 bbq yang dirancang dengan teliti akhirnya berjaya dianjurkan. Tahniah kepada Husna merangkap orang kuat aktiviti ini, tak lupa juga kpd lan,sapuan,en jay,azli dan ramai lagi yang turut membantu.
Aku mewakili ahli jemaah 'bakor membakor" memohon maaf sekiranya ayam hangus dan kurang enak dijamah. Sesungguhnya itu disebabkan oleh masalah pembakaran arang yg kurang sempurna. Mungkin heating value arang tersebut tidak mencukupi (teori kelas energy).
Acara bermula dengan petikan gitar oleh En jay sambil tetamu menjamu selera. Selepas itu, sesi bertukar-tukar hadiah. Terima kasih diucapkan kpd Mat Yoe kerana menyediakan hadiah yg so sweeeettt. Kepada yg terima hadiah aku tu, harap terima dgn seikhlas hati walau x seberapa :) Seterusnya majlis anugerah bintang popular dan seperti yang dijangkakan aku telah menerima anugerah assignment paling cepat siap. Ingatkan dapat motor or Nissan Teanna ke, tapi x pe la terima kasih kpd pengundi2 sekalian atas sokongan anda.
Dan banyak lagi la aktiviti yang dilakukan. Dan paling mendapat sambutan karok beramai-ramai dan permainan tradisional yang masih belum pupus. Kepada Ain, maaf la tak bagi peluang menang main congkak, kesian lak aku tengok..hehehe. Pasal karok, memang terbaik. Best btol tengok budak dekan nyanyi dengan penuh feelingwalaupon pitching entah ke mana yang penting kita heppy.
So, maybe this is the last event we had together. Dan diharapkan mungkin lepas kita grad nanti, boleh diadakan lagi seperti reunion untuk batch kita. Dan lokasi reunion nanti paling kurang pon hotel ke, leh jemput artis skali..hehe
Semoga kenangan kita kekal abadi~~~
Aku mewakili ahli jemaah 'bakor membakor" memohon maaf sekiranya ayam hangus dan kurang enak dijamah. Sesungguhnya itu disebabkan oleh masalah pembakaran arang yg kurang sempurna. Mungkin heating value arang tersebut tidak mencukupi (teori kelas energy).
Acara bermula dengan petikan gitar oleh En jay sambil tetamu menjamu selera. Selepas itu, sesi bertukar-tukar hadiah. Terima kasih diucapkan kpd Mat Yoe kerana menyediakan hadiah yg so sweeeettt. Kepada yg terima hadiah aku tu, harap terima dgn seikhlas hati walau x seberapa :) Seterusnya majlis anugerah
Dan banyak lagi la aktiviti yang dilakukan. Dan paling mendapat sambutan karok beramai-ramai dan permainan tradisional yang masih belum pupus. Kepada Ain, maaf la tak bagi peluang menang main congkak, kesian lak aku tengok..hehehe. Pasal karok, memang terbaik. Best btol tengok budak dekan nyanyi dengan penuh feeling
So, maybe this is the last event we had together. Dan diharapkan mungkin lepas kita grad nanti, boleh diadakan lagi seperti reunion untuk batch kita. Dan lokasi reunion nanti paling kurang pon hotel ke, leh jemput artis skali..hehe
Semoga kenangan kita kekal abadi~~~
Sapa mamat ni tetiba ada??hahaha
Ni salah sorang member kami yang kurang bernasib baik
tak dapat nak join sebarang aktiviti sepanjang sem ni sebab terlibat
dengan fyp+reserach kat Melaka utk keseluruhan sem ni.
Dia slalu ngadu kat aku, so tribute khas tok dia...hehehe
(pisan,aku dah tunaikan janji aku nak masukkan gmbr hg dlm blog)
we are the one
Here we are
Sharing our lives
We made it through
The good and bad times
And still we stand
With hope in our hearts
No matter what
We will play our part
And now we've come so far
One chance to touch a star
Go higher and higher
Find your guiding inspiration
In a place where dreams are made
With a lifetime's preparation
It's no time to be afraid
Put our difference behind us
While we shine like the sun
See what we've all become
Together we are one
Deep inside your heart and soul
You've worked so hard
To reach your goal
With every step
With every breath
You gave it all
Till there was nothing left
Seek out the strength to win
No thoughts of giving in
Go higher and higher
Sharing our lives
We made it through
The good and bad times
And still we stand
With hope in our hearts
No matter what
We will play our part
And now we've come so far
One chance to touch a star
Go higher and higher
Find your guiding inspiration
In a place where dreams are made
With a lifetime's preparation
It's no time to be afraid
Put our difference behind us
While we shine like the sun
See what we've all become
Together we are one
Deep inside your heart and soul
You've worked so hard
To reach your goal
With every step
With every breath
You gave it all
Till there was nothing left
Seek out the strength to win
No thoughts of giving in
Go higher and higher
Khamis, 7 April 2011
Kenapa Allah Temukan Kita Orang Yang Salah
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

[nukilan dari facebook orang, harap maaf ye tuan asal nukilan..sharing is caring kan :) ]
Selasa, 5 April 2011
Masa tidak mengizinkan
Sejak 2 3 hari ni aku rasa macam busy ja masa aku sampai kadang2 tak tahu nak buat apa dah.
Dan aku syak situasi ini mungkin akan berlarutan
Dan aku syak situasi ini mungkin akan berlarutan
sehingga minggu depan iaitu study week untuk final exam.
Ada beberapa perkara penting yang mesti dilaksanakan:
-Interview Continental Automative (dah selesai hari ni)
-hantar draft report, sepatutnya nak hantar hari ni tapi asyik postpone je..perhaps tomorrow
-Interview Naza Automative hari kamis petang
-Interview Motorola, maybe Isnin pagi (date n time depend pada aku)
-Weekend balik kg
Semoga Allah mempermudahkan semua kerja..aminnn
Pasal BBQ Mekanik semalam pon macam x ada mood ja nak wat. Tengok la macam mana nanti.
Pasal BBQ Mekanik semalam pon macam x ada mood ja nak wat. Tengok la macam mana nanti.
Oh ya, kepada yang blogwalking minta maaf sangat2 tak sempat balas. Insyaallah nanti2 ok :)
(Masa diperuntukkan untuk entry ini, 15 minit..masa itu emas sekarang)
Ahad, 3 April 2011
BBQ Mekanik
Malam ini gabungan dua kuasa besar school mechanical engineering USM iaitu geng Mekanik dan Manufac 4th year akan menganjurkan bbq or paling mudah nak sebut makan-makan yang bertempat di Pusat Mahasiswa Pelajar.
Aku dengar ajk2 bbq dah plan macam2 aktiviti. Karok
Rasanya ini adalah event terakhir untuk kami semua. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Seperti biasa yang diharapkan ialah perut aku mesti kenyang, makan sedap, battery camera mesti full jgn weak lak time amek gambar nanti. Pakai ala kadar je asalkan nmpk bergaya dalam gambar nanti
Ok la, x boleh buat panjang sebab sekarang ni nak update blog pon pikir banyak kali sebab ada komitmen terhadap keja yang lain. Kalau update pon tu semua dalam senarai draft. So tunggu la ek laporan BBQ ni nanti.
Aku dengar hantu kak limah akan datang membantu nak bako bako ni
Langgan:
Catatan (Atom)