Isnin, 11 April 2011

Lagenda Budak Kampung

9-11. Korang jangan pikir 9-11 adalah tarikh serangan pengganas lak. Umur aku ketika berusia 9 tahun hingga 11 tahun merupakan had umur yang paling nakal aku rasa. Darjah 6 dah kena paksa dengan cikgu p kelas tuisyen, kononya nak skor UPSR so kurang la sket kenakalan aku. Pada usia sebeginilah macam-macam aktiviti yang dilakukan. Bagi sesapa yang membesar disuasana kampung, aku rasa mesti banyak pengalaman bersama kawan-kawan semasa zaman kanak-kanak kan.

Pesal dengan diri aku, tetiba nak imbas kembali zaman kanak-kanak lak. Pada minggu lepas semasa balik bercuti kat kg, tengah duduk termenung dihalaman rumah menghirup udara segar petang yang tenang aku terlihat kelibat kanak-kanak  sekitar umur 9-11 tahun termasuk la sepupu aku sedang asyik bermain aci nyorok. Macam-macam gelagat sampai buat aku tersengih sorang-sorang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kejap budak ni kena marah, kejap kena maki lak..aishhh, dh serupa macam aku dulu. Terfikir gak, klu la ada ipad time petang tu, confirm punya entry ni dah publish 3 4 hari yg lepas..hehehe

Permainan guli, baling kasut, aci ligan aka polis 1 2 3, sorok menyorok, galah panjang, main getah, main wau, main bola, panjat pokok, mandi sungai, tirup ikan, tahan ikan time banjir, tangkap ikan kat bendang, makan tebu yang x tahu sape tuan dia, main rakit batang pisang, lumba basikal, dan banyak lagi la nak tulis. Pantang hari cuti sekolah, aku lah yang paling riang skali masa dulu. Celik-celik mata dari tido dah terus hilang. Tengok-tengok dah separuh bogel berendam dalam sungai. Waktu petang lak, selagi tak kena jerkah dengan mak suruh balik jangan harap la nak balik selagi langit tak gelap.

Kaki, lengan dan macam rambo. Berparut sana sini, maklum la kan kanak-kanak aktif. Kejap calar kena duri pokok time main nyorok2, kejap luka jatuh basikal time race ala2 mat rempit, kejap berdarah kena batu masa jatuh main aci ligan. Macam-macam kan. Depan rumah aku ada sebatang sungai, dan diseberang sungai tu ada lagi rumah orang. Kalau petang-petang kat situlah port aku bermain. Selalunya aku jarang sangat guna titi nak kesana, jalan pintas aku terjun je  sungai tu then terus cross ke sana. Punya la nak cepat p main. Tapi time air cetek ja boleh cross, time air penuh lain cerita lak..mandi sungai tak payah cakap la. Budak kampung kalau tak reti berenang beter jangan panggil budak kampung. Antara peristiwa mandi sungai yang tak dapat lupa bila lintah hinggap kat tempat tuttttt yang belakang punya...Mau gelabah dibuatnya tapi selamat dapat dikeluarkan.hehehe

Kalau musim buah or musim bajak bendang ke lain cerita lak. Musim buah selalunya semua jadi macam kera. Asyik2 panjat pokok manggis, rambutan..Kekadang tuan punya pokok pon makan tak kenyang lagi sebab kami dah rembat dulu. Kalau musim padi dah dituai, ikan selalunya banyak dalam bendang seperti puyu, haruan, sepat dan keli. Time ni la nak main selut or bergusti sambil tangkap ikan. Balik rumah confirm la big boss marah sebab baju bertukar color. 

Cuba korang fikir, kalau sekarang umur dah 23 mean semua kenangan ni dah berlalu hampir 12 tahun!Cepatnya masa berlalu, pejam celik nanti dah jadi orang tua lak, itupon kalau panjang umur kan. Aku bersyukur sebab dibesarkan di kampung, sedikit sebanyak dapat kenal erti hidup yang sederhana. Dan yang paling penting, pengalaman semasa di zaman kanak-kanak tak akan aku lupakan sampai bila2. Hanya sekali seumur hidup dapat melalui pengalaman macam ni :)


2 ulasan:

Aieda Adnan berkata...

haha..teringat aku time kecik2 lmas kt sungai..:P

-apis- berkata...

hahaha..lupa lak nak masuk cita pasal lintah mnd sungai