Rabu, 20 April 2011

Kenikmatan Study

Ada ke kenikmatan bila belajar??Lagi stress ada la, dengan berserabut tak paham buat sakit kepala otak je. Mungkin ada orang akan beranggapan sedemikian. Tapi, kadang-kadang kita tak sedar apabila kita mencapai kenikmatan belajar or ulang kaji ni. Berdasarkan pengalaman aku sebagai student sejak dari kecil sampai dah besar panjang, ada beberapa faktor, penyebab atau keadan yang menyumbang untuk mencapai tahap ni :
  • Keadaan persekitaran yang tenang, sbg contoh di saat ketika ni persekitaran bilik aku sungguh nyaman,tenang tak bising dan baru lepas hujan. Angin-angin sejuk menghembus lembut tido pon bagus kan
  • Keadaan fizikal yakni kesihatan yang baik. Kalau badan letih, otak pening, kepala serabut boleh ke nak dapat nikmat study?
  • Perut ala ala kenyang. Kalau kenyang sangat susah, lapar sangat pon tak boleh fokus asyik ingat nasi lemak kedai mamak naser ja
  • Tunaikan tanggungjawab yang wajib. Kalau study tengah malam, selesaikan dulu solat Isya jgn ditangguhkan.
  • Pastikan bahan untuk belajar cukup. note,pen,pensil,buku,calculator..kalau tak nanti tetiba ingat formula n nak kira calculator hilang lak, tinggal kulit ja..tak kan nak pakai hp kot sms boleh la
  • Ada sikit penghalwa telinga yang sedap didengar seperti ayat suci Al-Quran ke, nasyid or lagu-lagu kegemaran korang bergantung pada minat masing. Baru bermotivasi sket. 
  • Feel fresh, hati tenang, tak ada masalah dan menguap pon jarang-jarang keluar.
  • Dan yang paling penting set your mind clearly, kenapa korang berada ditempat korang sekarang, apa tujuan kerusi, meja dan lampu depan korang, dah lupa ke 'orang' yang kat rumah tu dan bla bla bla...malas nak berleter malam-malam ni..hehehe
Apa yang aku kongsikan ini berdsarkan  pengalaman sedikit aku sendiri sepanjang bergelar student walaupon bukanlah sepanjang masa aku dapat rasa macam ni. Dan tak semestinya apa yang aku tulis ni sesuai tok semua orang, bergantung pada diri-diri masing. Aku pon selalu gak terbabas dalam study ni. Memandangkan sekarang adalah ulang kaji terkahir aku utk final exam dan juga kat usm ni, rasanya satu hari nanti aku akan rindukan keadaan macam ni....



 

2 ulasan:

sarzli berkata...

ko tertinggal lg satu...biasenye kalo nk heppy stdy kene ade owg like post kt fb...br la semangat nk stdy...hahaha

-apis- berkata...

i like...hahahaha