Ahad, 12 Disember 2010

Hujan: Auta dan Fakta

Auta
Sesapa yang tinggal di kawasan utara mesti sedar sekarang ini ialah musim hujan yang tak menentu. Tetapi tahukan korang terdapat papatah orang tua yang aku dengar berkaitan dengan hujan.

1. Kalau hujan bermula hari Jumaat selalunya ia akan berlarutan sehingga 2 atau 3 4 hari untuk berhenti.
2. Kalau hujan panas menandakan ada orang meninggal di kawasan setempat.
3. Kalau di hari kenduri tetiba hujan, orang cakap baling ja kain buruk atas khemah kenduri nanti hujan akan stop.

Bagi aku, itu semua hanyalah sekadar kata2 orang lama dan mungkin ia berlaku secara kebetulan. Yang penting hujan itu rahmat dan semua itu berlaku atas kehendakNya..


Fakta
So tadi kita bercakap yang auta mengenai hujan tetapi sekarang yang terang lagi bersuluh mengenai hujan ialah:

1. Kalau main hujan Insyaallah possibility nak dapat demam & selsema adalah tinggi.
2. Kalau dekat kampung aku dulu, hujan yang berlarutan 4 atau 5 jam banjir mesti berlaku.
3. Air hujan adalah satu daripada 7 jenis air yang di bolehkan untuk bersuci dalam Islam.
4. Bila hujan keadaan jadi sejuk. bila sejuk mata pon jadi kuyu. bila kuyu tidur adalah perkara yang paling ideal/best  ketika hujan. setuju?? hehe

Dan banyak lagi fakta mengenai hujan. Nak tahu lebih lanjut gunalah khidmat Uncle G a.k.a google..hehe

Rumah jiran aku yg dinaiki air.
Jalan masuk kekampung aku. Kalau perhati betul2 air yg kelihatan adalah sama paras dgn sungai yg sudah tak kelihatan. sorry gambar tak clear

4 ulasan:

Lady Shana Sweet berkata...

Hujan bikin ngntuk ma... huhuhu

-apis- berkata...

tau tak pa...hehehe

ika berkata...

hujan ohh hujan .

sakdi berkata...

i like ur fakta num empat hehe