Isnin, 13 Disember 2010

Tak sabar nak tengok juara

Sejak 2 3 hari ni aku dok mengira hari yang di nantikan pertembungan 2 klasemen  bak kata sokernet. Harap2 pasukan yang menjadi pilihan aku akan menang perlawanan pagi nanti.
Jangan la nanti meriam meletup kat Old Trafford. Tak sanggup aku nak terima kekalahan pertama BPL musim ni.
Kepada abg tak berambut no 10  dgn abg Berba score la banyak2 sikit (mcm lwn team ayam plak nk score byk2..haha), baru puas hati aku dan berbaloi bangun awal. Sejuk plak tu,nanti senang2 ja nak dapat flu.

Nanti abg Rooney boleh minta petua dari 2 org engineer bola sepak ni mcm mana nk lebat rambut.Wenger sebenarnya minat Ronaldo sebab tu rambut ala2 macam dia.

Kepada member2 aku, nanti ketuk pintu tak bangun jgn salahkan aku plak. Ingat warden asrama ke nak kejut sampai bangun.

UPDATE.... 

2.09 am. Bajet nak bangun pkul 3.30 tapi entah macam mana sempat tido sejam ja. Lepas terjaga dah susah nak tido balik. Itulah salah satu tabiat aku, susah nak tido tapi senang nak bangun...susah gak mcm ni sbb tido tak cukup...adeeeiiii.....

UPDATE.....

6.00am. Hero filem Korea menjadi pemusnah meriam yang tak meletup...I like J.S. Park...hahaha..So, sekarang boleh tidur dgn nyenyak sebab dah jadi top of the league a.k.a klasemen...Apa2 pon solat subuh dulu...hehe 


2 ulasan:

lalink7 berkata...

ye...bola..bola jugak...subuh jgn dilupekan..
yess menang..tak sesia wat entri..kalau kalah malu..hakhakhak =))

korea pun korea laaa...layaan...

-apis- berkata...

hehe...betul2...yg wajib tetap wajib..jgn tinggak lak...tggu game next week dgn chelsea lak =p