Khamis, 16 Disember 2010

Seruan Azan

Setiap hari kita mendengar azan di laungkan sama ada di tv, radio, surau ataupun masjid. Aku tak nak tulis2 banyak, jadi aku ringkaskan beberapa perkara mengenai azan. Kalau buat entry panjang2 pon rasa macam malas ja nak baca kan macam aku.Rasanya korang semua mesti pernah tonton tayangan di Astro Oasis mengenai laungan azan dengan persembahan audio yang menarik. Antara faktanya ialah;

1. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur.

2. Akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
 
3. Belum pon sempat azan selesai di Indonesia, tiba pula di Malaysia di ikuti Burma dan Dacca di Bangladesh (selepas sejam azan di Jakarta).

4. Seterusnya ke Calcutta dan ke Srinagar di barat India. 

5. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.

6. Belum sempat selesai di Pakistan, azan bermula di Afghanistan dan Muscat (di Oman) seterusnya dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. 

7. Berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa bermula dari Indonesia hingga ke timur Atlantik ialah 9-1/2 jam.

8. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.    

Di petik dari http://kongsakongsi.blogspot.com/2010/06/adab-mendengar-azan.  tanpa kebenaran. Harap maaf tuan blog, kalau tak dibenarkan saya akan delete.



Sedikit info tambahan. Tak nak baca pon tak mengapa.

1. Menjawab azan dengan yakin akan di janjikan syurga. Rujukan disini. Tetapi hukum bukanlah wajib. Rujukan di sini

2. Disunnahkan bagi orang yang mendengar azan adalah bila selesai menjawab azan, ia berselawat untuk Nabi Muhammad S.A.W.Rujukan disini

3. “Ada dua doa yang tidak ditolak –atau sedikit sekali ditolak– yaitu doa setelah adzan dan doa ketika perang saat sebagian mereka merapat dengan sebagian yang lain.” (HR. Abu Dawud no. 2540, hadits ini dishahihkan dalam Shahih Abi Dawud). Erti kata lain waktu antara azan dan iqamat. Rujukan disini

Maaf kepada pembaca kalau entry ni panjang gak. Aku dah cuba ringkaskan... :) 


Tiada ulasan: