Jumaat, 25 Mac 2011

Roadwalk @ Penang

Penah tak korang semua ke Roadwalk Penang? Sebuah pasar yang menjual seribu jenis barang yang korang tak terduga ada. First time aku jejak kaki kat sana terkejut gak tengok barang-barang yang dijual. Kadang-kadang nak tergelak pon ada, tapi itulah kan rezeki manusia ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Barangan yang dijual seperti baju,seluar,alat permainan,aksesori hp ataupon buah-buahan adalah perkara biasa di pasar hari atau pasar malam.

Tetapi di Roadwalk, korang semua boleh tengok dan beli barangan lama atau antik yang jarang2 dijual. Saterika arang, telefon yang butang pusing, duit syiling/kertas lama dari zaman yap ah loi atau Queen Elizabeth, pemain filem lama,barangan tembaga dan macam-macam lagi. Kalau peminat barang lama memang sinilah port yg terbaik dikawasan utara. Bukan tu ja barang2 hiudp macam  tikus hamster ,ikan laga dan ayam serama pon ada  jual gak kekadang. Dan juga terdapat aksesori motosikal yang selalunya kita boleh beli kat workshop pon ada jual.

Selalunya kalau barang dirumah  rosak atau yang dah tak berguna lagi kita buang ja dalam tong sampah tapi di Roadwalk lain ceritanya. Barang2 macam ni la yang boleh buat duit. Sebagai contoh alatan elektrik, periuk senduk, kasut, buku-buku lama termasuk sama ada ilmiah atau hiburan macam URTV keluaran 1998, dan macam2 lagi barang yang digunaklan dalam seharian hidup kita. Penah skali aku tengah syok belek alat elektrik tetiba sesat sebuah buku PMR, aku tanya tauke jual ke buku ni. Tuan tu cakap amek la, RM2 ja (klu ingatan aku x silap)...

Lagi satu yang aku nak tergelak bila usha kain baju. Ada satu tempat tu, dia main hampar ja atas tikar kain baju yang nak jual. Tetiba aku ternampak sebuah cadar bujang, yang menariknya siap ada peta lagi..hahaha.Entah mana la tuan ni rembat. Waktu operasi Roadwalk sekitar jam 9 pagi hingga 1 tgh hari. Hari aku tak pasti lak sama ada tiap2 hari tapi yang pasti hujung minggu.

Oh ya, lupa lak nak bagi guide nak kesana. Yang paling mudah pasar ni terletak disebelah Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Hadapannya ialah TNB tapi korang kena berhati2 sikit sebab jalan nak masuk ke sini agak terlindung dengan bangunan kedai. Kalau dari Komtar,mungkin 15 minit kot itupon jalan tak sibuk. Kalau dari masjid negeri pon lebih kurang la 15 minit gak.

Gambar cilok dari internet

2 ulasan:

me suya berkata...

tak pernah pergI!

Tanpa Nama berkata...

slalu dok p rodwok bagan ja
(wandanymous)