Sabtu, 12 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru

Sekarang ni musim macam-macam. Musim hujan especially kat Penang, musim cuti sekolah dan yang pasti apabila mula cuti sekolah ialah musim kenduri atau kahwin. Siang tadi, dgn berkonvoi kan 6 buah keta, geng Mechanic sempat menyerbu kenduri rumah staf Mekanik (panggilan mesra sbg kak Farah) bersama pasangannya Fizul juga merupakan senior kami yang grad thn lepas yang terletak di Bagan Ajam.

Apa aku nak cakap disini, kalau rumah kenduri sesapa yang tak berapa fun or meriah bolehlah cuba menjemput geng Mekanik. Insyaallah dengan kehadiran mereka ini pasti membuatkan keadaan bertukar ceria. Kepada tuan rumah tadi, saya mewakili geng Mekanik memohon maaf (macam la dia baca) jika kami semua berperangai buat rumah kenduri macam rumah sendiri, nasib baik pelamin pengantin kukuh dan tak roboh. Walaupon sebenarnya kami faham 'warning' tadi "dah makan ke, laksa ada lagi kat luar" tapi kami pekakkan hati dan butakan telinga..hehehe
 
So, aku dan kawan2 mengucapkan selamat pengantin baru semoga berkekalan sehingga ke anak cucu dan sentiasa dirahmati Allah didalam kehidupan berumah tangga. :)

Geng kuat makan ni
Selamat Pengantin Baru
 Senior-senior mekanik bersama pengantin

Bersama lecturer USM yang sempoi
Sempat duduk kat kaki pelamin je
Gadis2 geng Mekanik (tak termasuk yang 2 org blkg tu)

4 ulasan:

~~ytazzizzaty~~ berkata...

lawa gila k0tt pelamin dia~~~

-apis- berkata...

haha..boleh la nnt wat kat pelamin sndr..hehe

me suya berkata...

ingatkan sapa yg kahwin.. inilah kenduri nyer yang husna pergi tu ek.. esok kami nk g kenduri lagi.. kat taiping

-apis- berkata...

aah, husna pegi gak..smoga slmt dalam perjalanan :)