Jumaat, 28 Januari 2011

Tunggu apa lagi,jom balik..

Sedar tak sedar, cuti mid-sem akan bermula hari ni yakni selama seminggu termasuk lah CNY. So kepada sesapa yang sudah homesick, dah lama tak balik ini lah peluang keemasan yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak cuti bagi golongan seperti ni tapi bagi aku tak da la feeling sangat cuti balik kampung sebab minggu lepas dah balik dah..


Nak dijadikan cerita semalam sempat lagi aku n the geng outing sekitar kawasan berdekatan bertujuan mencari kalainan dengan malam2 yang biasa. Niat dihati masing2 nak merasa nasi ketam (area Juru) tapi mungkin nasib tak menyebelahi,tauke kedai plak tutup kedai. Baru teringat,mungkin malam Jumaat diorang tutup kedai kot sebab ada aktiviti lain yang lebih penting.

Plan baru terpkasa diambil. Discus pnya discus pizza menjadi backup plan. Dengan keadaan yang agak critical kelaparan terus memecut laju ke destinasi yang disetujui. Selepas 'tank' masing2 diisi timbul plak plan yang lain. Tiada dalam perancangan sebelum berangkat outing. Sasaran Sunway GSC tengok wayang. Kebetulan cite baru keluar The Green Hornet in 3D. So pakat2 la sambar sekeping tiket. Tayangan pkul 12.05am tapi jam ditangan masih pkul 10.30pm. Tunggu je la sampai naik bosan dibuatnya....

Lebih kurang 2.10 baru abes tonton. Komen?Kalau rating sampai 10, aku dapat bagi 7 je. Malas nak komen panjang2. Lebih kurang pukul 3 baru sampai bilik kediaman. Aishh,sok pagi nak balik kampung,sekarang dah pkul 3..Cukup ke tak tido aku nanti ni. Kononya nak bangun lewat la sket sebab nak cover tido yg tak sempurna semalam tapi celik2 mata pagi ni dah tak boleh pejam balik. Jam baru 8.15am. Aku syak member yg join skali malam tadi pon belum bangun lagi, masih offline dlm ym list. Apa2 je la...

Akhir kata untuk post yg terakhir sebelum cuti ni, selamat pulang kekampung halaman masing2. Aku doakan semua selamat sampai, drive n ride safely. Jangan merempit bagi riders2 macam aku, manfaatkan cuti korang n Insyaallah lepas cuti nanti kita sambung balik aktiviti berblogging.. :)

"Selamat Tahun Baru Cina kpd rakan2 yg menyambutnya"

Khamis, 27 Januari 2011

Percutian Rohani

Percutian kekampung baru2 ni bukan hanya diisi dengan rehat,makan,tidur dan menonton tv semata-mata. Sama ada kebetulan atau dirancang baru aku sedar bahawa pulangnya aku kekampung kali ini memang penuh dengan pengisian rohani.

Bermula dengan solat Jumaat yakni khutbah yang dibacakan bertajuk 'Padang Masyar'. Walaupon agak kepenatan setelah baru pulang kekampung, mata yang kuat digoda iblis untuk pejam aku gagahi juga untuk mendengar isi2 khutbah pada waktu tersebut. Dalam hati berkata "Ya Allah, bagaimanakah keadaan aku nanti semasa di sana"..................

Pukul 12 tgh malam,tetiba rasa teringin nak cicah roti Gardenier dgn milo panas. Tanpa berfikir panjang terus kedapur untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sambil minum, layan tv jap. Kebetulan tv9 sedang menyiarkan rancangan ulangan Tanyalah Ustzaz bertajuk 'Mengumpat'. Aku dah lupa nama ustaz ni tapi dia pensyarah UIAM. Entah macam mana boleh layan plak apa yang dia ulas. Kena ingat,org yang mendengar org mengumpat turut serta mendapat dosa sebab org tak akan mengumpat kalau tak ada org yang akan mendengar.

Hari sabtu, tergerak hati nak berjemaah kt masjid. Kebetulan malam tu ada majlis ilmu dgn membaca kitab fekah oleh ustaz yg dikenali sbg Ustaz Zul. Dulu time2 cuti sempat gak aku datang dengar. Kebanyakan yg hadir adalah dari qariah yg lain termasuklah jugak bekas guru2 aku zaman sekolah dlu. Agak popular jugak ustaz ni. Apa yg aku tertarik ialah apabila beliau menyentuh sedikit mengenai masalah isu2 semasa seperti rasuah,zina,buang anak dan sebagainya

"Jangan fikir kita tok imam,tok siak,bilal,kaki masjid ataupon dok mai dengaq baca kitab hari2 kita 
boleh pikiaq dah lepas bahagian kita. Masalah yg lain biaq pi nak jadi apa. Kalau ada kes kat Kolompo (KL) adakah kita kt sini boleh lepas tangan?Sekurangnya angkatlah tangan memohon doa kpd Allah. Bala dari Allah tidak mengenal sama ada org beriman atau tak. Jadi pakat2 beringatlah pada anak bini,jiran tetangga sbb kita diikat oleh satu tali persaudaraan sesama Muslim".

Lebih kurang mcm tu la penjelasan dgn loghat kedah dan ditokok tambah oleh aku. Terdapat juga nasihat dari ustaz yang aku sempat drop dekat blog en lan mengenai rasuah diruang komen. Kalau rajin bolehlah view :)

Lepas tu plak, slot cerekarama tv3 menyiarkan drama berunsurkan kerohanian yang bertajuk 'Iqra'. Mesej yg cukup jelas iaitu mengajak kita jgn sesekali memandang ringan Kalam Allah. Walaupon dikurniakan harta melimpah ruah,anak isteri dan pangkat, tapi kalau langgar perintahNya tiada apa perlu dibangga. Beringatlah sebelum terlambat dan marilah ramai2 kita ruangkan sedikit masa kita untuk membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran.

Dan yang terakhir mengenai kisah 'percutian rohani'  ialah sebelum berangkat pulang ke USM, sempat aku menziarah kubur tok wan (meninggal bulan 10 thn lps), bapa saudara (time std kat matrik) dan juga bapa angkat aku (bulan 7 thn lps). Ini pon sebab anak kpd ayah angkat aku ajak ikut bersama, so dengan hati yg ikhlas apa salahnya kan. Pesanan disini, beringat2 lah sebelum ajal menemui kita :)

Renung2 kan dan selamat beramal.

Sekian, wassalam dan terima kasih kerana sudi membaca......

Rabu, 26 Januari 2011

Sandarkan pada kenangan & harapan

Maka dengan ini tamatlah Career Fair (cf) USM setelah berlangsungnya selama 2 hari bermula kemarin. Sebelum ni, macam2 promosi telah dilakukan untuk menarik minat student especially yang berasa beliau perlukan kerja lepas habis study nanti. Kalau fikir tak nak kerja, so buat2 bodo je la.

Mungkin ini adalah cf yang terakhir bagi aku. Kalau tak silap aku mula berjinak2 dengan cf dgn position sebagai ahli lembaga pelawat bermula dari tahun 2. Time tu jalan2 kat booth pameran pon just suka2, tengok2 orang, kutip template dan cenderahati company. Erti kata lain dalam mood rilex n cool. Selain tu dapat melihat ragam orang mencari pekerjaan dengan pakaian yg smart ala2 kerja clerk kat opis. Masuk 3rd year, entah macam mana dapat tugasan plak oleh lecturer untuk buat laporan ringkas mengenai company yang terlibat dalam cf untuk tahun tersebut. Aku syak ni mesti nak kasi geng2 aku alert sikit pasal kerja.Dah tak boleh nak relax dah..Mau tak mau kena lagi skali jadi ahli lembaga pelawat.

Dan untuk edisi yang terkini, aku dah tak boleh rilex n cool lagi walaupon tak perlu buat laporan macam tahun lepas. Kali ni kena serius sket sebab ni semua melibatkan masa depan. 2 hari aku berkampung dekat dewan, dengan berpakaian clerk opis sekarang dah kena kat diri aku plak mencari dan mencuba sekiranya ada peluang yang boleh di sambar. Hasilnya hampir berbelas resume sempat aku tinggalkan kpd company yg datang sebagai kenangan untuk diabadikan bersama. Semoga company tersebut tidak hanya sandarkan pada kenangan sebaliknya sandarkan juga pada harapan yang telah aku letakkan. 

Tak cukup dengan resume, mencuba plak dengan interview. Sempat juga 3 company mahu berkenalan dengan lebih rapat iaitu Panasonic, MMC dan IOI walaupon banyak lagi peluang untuk berkenalan dgn company lain. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Maka dengan hati yang gabra + persedian yang kurang mantap aku redah ja sesi 'berkenalan' tersebut. Harapan tidak lah terlalu tinggi tapi sekadar mahu memperoleh pengalaman yg jarang2 diperolehi. Sekurang-kurangnya i try..Rezeki semua Allah yang ditentukan.

So aku nak ucapkan terima kasih kepada team Career Fair. Smoga kecemerlangan dapat diteruskan untuk tahun2 yang berikutnya. Excellent!! Kepada mereka yang dah dapat kerja tahniah aku ucapkan. Kepada yang belum termasuk lah diri aku, lain kali boleh cuba. Nanti banyakkan lagi kenangan kita bersama company yang ada ok. Mana la tau kan, dalam banyak2 kenangan mungkin ada 1 company yang tersangkut dengan kenangan yang dicipta. Rezeki ada dimana2..

Hasil mencari kerja

Selasa, 25 Januari 2011

Freaky Roads

Selalunya jalan di Malaysia semuanya sempurna rekabentuknya tanpa kita menganggap pelik, cuma kualiti yang dipertikaikan. Dan yang pasti kita tidak teragak-agak untuk menggunakannya. Tetapi bagaimana kalau keadaan jalan seperti dibawah???



Agak-agak mat rempit berani tak??

Sumber bukan dari  WikiLeaks

Isnin, 24 Januari 2011

Bonus free


"Nikmati & hari PERCUMA panggilan/SMS
ke 8pax mulai sekarang.Pastikan akaun anda 
aktif & 8pax telah diaktifkan"

Mesej dari Celcom yang aku dapat minggu lepas sempena my born day.

Feel dapat bonus celcom tahun ni tak sama dengan feel tahun lepas. Tahun lepas rasanya lebih bermakna bagi aku dengan bonus ini. Malah kalau boleh nak dapatkan bonus tiap2 hari. Korang pon mesti faham kan kenapa ia bermakna, apa lagi yang boleh dilakukan jikalau dah dapat sms/panggilan free..Bergayut habis-habisan sehinggah ke saat2 terakhir..

Tapi itu dulu, sekarang dah lain. Sehingga entry ni ditulis hanya beberapa sms (rasanya tak lebih 10 kot) dan zero panggilan yang aku manfaatkan dari bonus tersebut. Nak telefon family,semua guna maxis. Lagipon minggu lepas baru ja balik kampung. Kalau nak bergayut pon tapi dengan sape. Tak kan bergayut dengan kera kat hutan lak kan. Bertuah bagi sesapa yang dapat manfaatkan bonus ni dengan insan yang tersayang.

Hmm..apa nak buat, masih ada 3 hari lagi bonus ni valid.

So sesapa yang nak sudi bergayut boleh la tawarkan no telefon masing2..hahaha just joking. Or ingat nak buat amal la,sesapa nak bonus ni boleh la pinjam no tfon aku ni.



Sebulan sekali nak topup pon belum tentu lagi.

Bang!bang!boom!!

Disebabkan oleh satu kejadian yang tak diduga, kebanyakkan member2 aku mula memikirkan 
perlu ke tak untuk publish tarikh hari jadi pada fb profile. Ini disebabkan kerisaun jikalau akan kena
bang!bang!bom oleh member2 yang lain. Antara igauan ngeri ialah budak besday boy akan dikenakan 
hukuman/denda seperti berikut:


1. Sesi potong kek bersama pasangan. Yang tak boleh tahan ialah sesama jantina plak tu. Orang yang bertuah untuk dijadikan pasangan dgn besday boy ditentukan hanya dengan pusing botol air.Fair??

2. Makan bersuap, siap bersilang tangan. ish2....

3. Besday boy kan diarak beramai-ramai ala2 perbarisan hari merdeka bersama bodyguard (untuk elak 
drpd lari) ke tempat yang bertakung seperti kolam,parit or longkang yang bersih.

4. Besday boy akan dicampak hidup2 kedalam kolam. Tapi besday boy tidak keseorangan basah kuyup, 
terdapat 2 lagi mangsa bertuah yang akan turut serta basah bersama dia..hahaha

5. Dah la kena makan bersuap,kena campak lepas tu kena open table lak.
Memang terbaik la besday boy.


So pesanan aku, kalau tak show DOB kat fb, memang bukan jantan sejati la. 
Lagipon kpd member2 ku sekalian yang membaca entry ni, jgn risau kalau
perlukan maklumat tarikh lahir seseorang ahli member kita mai2 dapatkan dari aku.
Siap no ic lagi...hehe


Kpd readers yg lain harap jgn salah anggap, besday boy yang kena prangg! tu bukan tuan blog
walaupon besday baru beberapa hari yang lepas. Member kpd tuan blog yang 
yang bertuah dan melalui semua pengalaman tu.

Ahad, 23 Januari 2011

Mereka yang dihargai

Bermula lebih kurang 12 pagi, email notification fb mula memenuhi inbox. Dan fb profile page pon mulai diisi dengan ucapan selamat hari lahir. Satu persatu wish yang aku terima di balas. Hampir pukul dua pagi baru dapat tidur dengan hati yang senang dan riang.

Keesokan harinya terdapat lagi notification baru, semestinya wish2 baru dari rakan2 fb. Semua wish yang aku terima sebelum pukul 11 am pagi jumaat telah dibalas, selepas jam tersebut aku berangkat pulang kekampung yang tercinta setelah 3 minggu berkelana di bumi USM ni alaa 3 mingu je pon bukan 3 bulan.

Ahad, lebih kurang 12 tgh hari baru jejak kembali ke bumi USM. Waaa, masih ada lagi wish yang disampaikan. Jika dikira semua, hampir seratus lebih wish diterima orang lain lebih banyak dari aku tak bising pon dan rasanya semua telah dibalas . Itulah tanda penghargaan aku kpd mereka. Apa lagi yang mampu aku lakukan untuk mereka.

Terus terang aku cakapkan aku begitu terharu dengan setiap wish yang diterima. Ada yang ucapkan hepy besday, ada yang mendoakan smoga dlm hidup dan sebagainya. Ada yang diterima dari rakan2 rapat di usm, rakan2 lama matrik, sekolah ataupon praktikal, ataupon friends fb yang tak pernah bersua muka serta tak lupa rakan2 bloggers. Malah bekas my ex pon tak lupa wish,thanks..hehehe

Walaupon kadang2 aku pon terlupa nak wish birthday kpd orang lain tapi masih ada yang mahu wish untuk aku. Itulah tanda tali persahabatan yang sejati. Mungkin bagi sesetengah orang ini adalah perkara kecil, tapi sedikit sebanyak ia menjadi bukti yang diri kita masih mendapat perhatian oleh orang lain. Aku hanya mampu berdoa smoga kehidupan mereka2 semua sentiasa dirahmati Allah,dimurahkan rezeki dan berjaya dengan setiap apa yang dilakukan.

Maaf la ek kalau entry ni bosan, tapi sekadar meluahkan perasaan gembira dan penghargaan kepada mereka2 yang wish sempena birthday aku ke 23 sama ada melalui fb ataupon blog sendiri.



Dan kepada mereka yang datang menziarahi blog aku sehari dua ni, mohon maaf sebab tak dapat nak balas kunjungan kerana tuan blog outstation, no connection..hehehe. Insyaallah, petang ni or malam ni akan kuterjah satu persatu ataupon mudah kata sesi blogwalking. Bagi aku rest jap,kumpul energy ckup2 baru leh bw dengan tenang. So be prepared... :)

Jumaat, 21 Januari 2011

Today is my ....

Jikalau di bandingkan 23 tahun yang lalu pada tarikh yang sama iaitu 21 Januari, lahirlah seorang bayi dimuka bumi ini dgn izin Allah disebuah hospital yang terletak di bandar utara Semenanjung. Suara tangisan kedengaran ketika itu, membuatkan nurse2 berasa lega sebab sempurna sifat bayi tersebut. So dapatlah mereka lunch dengan tenang dan sempurna. Ye la, time tu kan time lunch sekitar 12.40 tengah hari. Perasaan gembira dan bersyukur pasti di rasai kedua ibu bapa bayi tersebut.

Itu cerita 23 tahun yang lepas yang dah berlalu, yakni tahun 1988. Sekarang usianya mencecah 23 tahun. Boleh dikatakan usia yang agak matang. Dari seorang budak kecil yang nakal suatu ketika dulu, dengan basikal ala2 racing hingga parut penuh di kaki accident, kaki mandi sungai + banjir, panjat pokok, main guli,ligan2 dan sebagainya tanpa kenal erti penat, dan banyak lagi perkara lain yang dilakukan. Itulah kehidupan kampung yang membentuk diri beliau. Memang indah kalau diimbas kembali.

Seterusnya usia semakin meningkat. Dari alam persekolahan tak kira rendah atau menengah kehidupan budak nakal semakin berubah sedikit demi sikit kealam remaja yang penuh dugaan. Disitu mula mengenal diri sendiri dan mula mencorak arah tujuan hidup. Disebabkan rezeki yang dikurniakan Allah, dapat melanjut pelajaran ke tahap yang lebih baik sehinggalah ke usia sekarang, 23 tahun. Syukur Alhamdulillah...

Bayi, budak nakal, remaja, beliau = aku

Sepanjang 23 tahun, aku bertanya dalam diri apakah perkara yang telah aku lakukan selama ini?Adakah ini semua sudah cukup?Cukupkah ibadat yang aku lakukan?Adakah semua orang gembira dengan kehadiran diri ni dalam kehidupan mereka?Berapa banyak dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan?Adakah ibu bapa dan family gembira dengan diri aku sekarang ni?Adakah aku bahagia sekarang? Ya Allah,sesungguhnya masih banyak lagi kelemahan pada diri ini..

Bersyukur kpd Allah sebab masih panjangkan umur sampai sekarang. Walaupon banyak perkara sudah dilalui dan dirasai seperti susah senang, pahit manis, tawa tangis, perit untuk ditelan tapi itulah asam garam kehidupan. Semoga ia menjadikan diri ni lebih matang dan bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang, Insyaallah. Apabila usia meningkat, bermakna kematian juga semakin hampir. Belum cukup amalan untuk dibawa. Smoga diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal kebaikan didunia ini. Entah sempat atau tidak untuk menanti tarikh 21 Januari pada tahun2 yang akan datang, jika panjang umur Alhamdulillah. Smoga kehidupan kita semua diberkati oleh Allah.




Oh, kebetulan..post yg ke 21 pada 21 hari selepas tahun baru :) So tomorrow mahu berangkat pulang kedesa tercinta. Jadi dalam sehari dua ni tak ada la update n sorry klu any komen kat blog or fb tak reply.

Khamis, 20 Januari 2011

10 Inventors Who Were Killed By Their Own Invention

1. Michael Dacre – Flying taxi (2009)


A lift to the heavens:Michael Dacre, inventor and pilot of the 8 seater Jetpod flying taxi lost control of his aircraft’s engine during a test flight and crashed on a town in Malaysia.

2. Henry Smolinski – Flying car (1973)



Harry Potter and Ronald Weasley: Life is no Harry Potter book. Henry Smolinski and Harold Blake attempted to fly a car, the Mizar flying Pinto but failed because the wheels and wings separated during take-off.


3. Henry Winstanley- Lighthouse (1703)


A stormy end: Winstanley, an English engineer, constructed the first Eddystone lighthouse which was destroyed by a great storm in 1703 along with its designer, who happened to be trapped inside at the time.

4. Tan Chengnian-Aircraft (2007)


Peasent Da Tan Chengnian, a Chinese farmer was killed when he crashed his homemade ultra light aircraft into a village courtyard in Pingyin County in east  China‘s Shandong Province.

5. Karel Soucek – Capsule (1985)


A deadly plunge: Karel Soucek, the daredevil, rode in over the Canadian side of Niagara Falls in 1984 with his 9ft capsule; however he was unsuccessful in repeating the adventure from the top of the Houston Astrodome Texas.

6. Thomas Andrews Jr – Titanic ship (1912)


Tragedy, indeed: Thomas Andrews, the shipbuilder was traveling on board the Titanic    during its maiden voyage when it hit an iceberg on 14 April 1912 and was one of the 1,517 people who perished in the disaster.

7. Alexander Bogdanov – blood transfusion (1928)



A bloody mistake: Alexander Bogdanov discovered the possibility of human rejuvenation through blood transfusion. In 1928, he decided to give himself a transfusion of blood from one of his patients who suffered from malaria and tuberculosis.


8. William Bullock – Rotary printing press (1867)


Pressed for judgment: William Bullock invented the web rotary printing press. While trying to make adjustments to his machine, he caught and crushed his leg and lost his life during the operation of that leg.

9. Marie Curie – Process to isolate Radium (1934)

The pretty blue green lights: Little did Marie Curie know that the pretty lights that she was commenting on belonged to radioactive substances in her pockets which would emit radiation and become a cause of her cancer disease.

10. Donald Campbell – Blue bird K7 (1967)




No needs for speed: Donald Campbell, in his speedboat broke 8 world speed records until he could do it no more. His last target was 300 mph, but his blue bird’s stability broke down in the water and it somersaulted, resulting in his death.




 Source from here

Rabu, 19 Januari 2011

Apa nak buat kalau ym tak boleh on9?

Senang je jawapan klu ym tak boleh on9, tak payah on9 amek buku n study. Orait x?? Sebenarnya dalam
2 3 hari ni ym aku meragam ape entah,nk on9 pon susah..Masalah connection ke or masalah version pun
tak pasti. Ini menyebabkan kesukaran aku untuk berhubung dgn rakan2 bagi mengeratkan silaturrahim yg sedia terjalin.

So alternative untuk on9 ialah dgn install Digsby. Mungkin ada yang pernah guna Digsby ni kan, sebab menda ni pon dah lama. Aku penah pakai 2 tahun yang lepas tapi memandangkan ym lebih menarik menyebabkan aku abai je kewujudan Digsby.Bagi sesapa yang belum penah guna, Digsby ni lebih universal sebab hanya dengan satu menu mcm2 connection boleh acces seperti chating (ym+gtalk+msn) serentak,email dan laman web sosial.

 

Sebagai contoh,klu ada any update on fb or new email nanti dia akan keluar pop-up notification kat dekstop. Ini antara contoh interface Digsby aku:-

My friend list

Chating interface. Background boleh ditukar2 mengikut citarasa

Kalau berminat, berkunjunglah ke Digsby

Dan balik kepada entry aku semalam mengenai bosan thanks kpd yang memberi komen dan nasihat. Petang ni aku tak turun main, saja untuk rehatkan badan yang dah mula rasa tak sedap. Sebab tu la ada blog update petang ni :)

------selamat bercuti kpd semua sempena thaipusam esok-------

Try read this if you can

 
"AOCDRNDICG TO RSCHEEARCH AT CMABRIGDE UINERVTISY,
IT DSENO'T MTAETR WAHT OERDR THE LTTERES IN A WROD ARE, 
THE OLNY IPROAMTNT TIHNG IS TAHT THE FRSIT AND LSAT LTTEER 
BE IN THE RGHIT PCLAE. TIHS IS BCUSEAE THE HUAMN MNID DEOS
NOT RAED ERVEY LTETER BY ISTLEF, BUT THE WROD AS A WLOHE. 
IF YOU CAN RAED TIHS, YUOR MNID IS NOAMRL"
 
i jsut cpoy form my fceoobak firned..
dnot cnofsue2 ok..hehehe

Selasa, 18 Januari 2011

Bila dah bosan


Baring tak kena..
Duduk tak kena..
Nak buat fyp tak ada mood..
Nak buat homework malas + tak faham..
Nak tengok movie tak ada cite best..
Nak tido tak mengantok lagi..
Internet plak slow..
Nak calling2 or sms tapi dengan sape (dulu boleh la ada teman)..

Try ziarah bilik brader sebab bila masuk bilik tu aku rasa rilex sket..
So baca paper kejap walaupon 3 hari yg lepas..
Brader tengah petik2..cakapnya dengan petik2 boleh temui diri sendiri yg sebenar..hmm
 

Alahaii..pesal la malas aku malam ni teruk sangat...bosannnn....

Semoga ini tak berlarutan untuk malam2 yang akan datang.. 

Maaf la ek kalau entry pon bosan..

---selamat malam dari budak yg tengah bosan----

Isnin, 17 Januari 2011

Waiting Outside The Lines



You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living behind

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?


 BY:
 
-my favorite song-

Ahad, 16 Januari 2011

Get That Job!

Pada minggu lepas, aku telah attend dua program yang melibatkan penulisan resume dan interview. Ini bersempena dengan Career Fair yang akan di anjurkan tidak lama lagi dan juga sebagai persedian bagi final year student yang akan memulakan misi mencari kerja setelah habis study nanti.


Program pertama ialah career talk bersama Sime Darby. Penyertaan agak memberansangkan,mungkin di sebabkan ia dianjur bersama oleh sebuah syarikat yang bereputasi tinggi. Dan ini adalah kali kedua aku mengahdiri program yang dianjurkan oleh Sime Darby, yang pertama tahun lepas iaitu lawatan industri ke Inokom Kulim (salah sebuah anak syarikat S.D). Daripada program tersebut, kita dapat tahu maklumat terus dari pihak industri apa kriteria yang sebenar diperlukan dan dikehendaki oleh mereka.

Program kedua ialah Get That Job anjuran HEPP USM kkj. Sambutan agak dingin,mungkin sebab kurangnya kesedaran mereka terhadap program ini. Fasilitator atau penceramah yang di jemput ialah Encik Mohd Rizal Hassan. Sebenarnya ni first time join program kendalian beliau. Memang best sebab banyak perkara yang dipelajari especially cara2 penulisan resume sehinggalah pergi untuk interview dengan cara yang betul bagi memikat hati company. Dan cara penyampaian beliau juga menarik dan tidak membosankan. Mula2 planning nak hadir pada sebelah sesi petang ja, tapi disebabkan oleh cara penyampaian yang berkesan menyebabkan sesi malam pon hadir lagi walaupon terpaksa berpakaian formal.

Ok lah,mungkin sesetengah orang fikir aktiviti sebegini kurang penting. Alaaa,nk tulis resume dan belajar cara2 interview dalam internet pon banyak kan. Yupp, memang betul banyak maklumat dalam internet tetapi kadang2 terdapat perkara yang tak pernah kita terfikir, sebenarnya penting juga apabila memulakan misi mencari kerja nanti.

So,pesanan aku kepada yang membaca ini dan berpeluang menghadiri program yang berkaitan pada masa hadapan ringan2 kan lah kaki untuk menghadiri.

Gambar kenangan program Get That Job!sorry gambar tak clear

Bak kata En. Rizal

"Stop membangau-ing!"

Untuk mengenali lebih lanjut siapa Mohd Rizal Hassan ialah melalui fb beliau (nickname nama asal).
website: www.take-charge.com.my
email: mrizalh@gmail.com

Sabtu, 15 Januari 2011

Cemburu dengan mereka

Pepagi buta lagi, roommate aku dah bangun. Terdengar suara riang gelak ketawanya. Ishh, pesal pelik semacam ja budak ni aku berfikir. Kena rasuk ke. Rupa-rupanya perkara yg sudah lama di tunggu telah telah datang. Biasiswa JPA dah masuk kata dia kpd aku. Patut la heppy semacam je.Memang di akui sejak 3 minggu pertama dalam semester ini, terdapat beberapa student berada dalam kesempitan menyebabkan hilang fokus terhadap pelajaran alasan semata2 cakap malas kn senang. hehe..

Dan timbullah suara ketidakpuasan, jpa lambat la, tak concern student la, salah kerajaan la dan bla bla bla...Bagi aku sesiapa yg mendapat jpa ataupon scholarship yang lain beruntung. Lepas study, tak perlu runsing2 nak fikirkan duit untuk bayar balik seperti bebudak pt macam aku. Yeah, mungkin silap aku jugak yang tak memohon dulu disebabkan ketinggalan maklumat mengenai tawaran jpa.

Cemburu dengan mereka. Duit dapat, lepas study tak perlu bayar. Banyak plak tu compare dengan pt. Dak pt lak kena bayar lepas study. Bila masa nak kumpul duit nak kawen. Tetapi persoalan yang selalu bermain di kepala otak aku, mengapa masih ada segelintir budak jpa yang keputusan akademiknya masih lagi dalam tahap sederhana. Sebelum itu, maaf kepada rakan2 jika apa yang aku cakap ini membuatkan terguris perasaan. Sekadar memperingati sesama kita. Adakah masih belum cukup duit jpa?

Kadang2 bila kita memperoleh sesuatu, kita lupa apa yang kita dapat, erti kata lain kita alpa. Jikalau dulu kita mempunyai akademik background yang membanggakan sehingga memperoleh jpa, mengapa ia tidak berterusan sehingga ke hari ini. "Dulu lain, sekarang lain..." bak kata Tan Sri Dato SM Salim dalam sebuah lirik lagu. Boleh terima alasan tu??

Terdapat beberapa rakan bertanya aku bagaimana aku boleh dapat result yang agak baik walaupon bukan lah cemerlang sgt sedangkan budak pt je pon Aku pon tak dapat nak bagi jawapan yang specific. Bukan aku sorang saja yang pandai, sebenarnya kita semua pandai2 belaka kalau tak macam mana boleh masuk USM. Dan rasanya diorang lebih pandai dari aku sebab kebanyakkan semuanya dulu sekolah premier, aku plak sekolah harian ja. So who is better?

Point kat sini, ia bergantung kepada individu masing2. Kalau mahukan kejayaan, berusahalah. Heppy n enjoy gak tapi biarlah berpada-pada. Walaupon usaha yang sedikit tapi berterusan dan istiqamah, Insyallah pasti ia akan berbalas dengan hasil yang baik. Ingatlah ibu bapa kita kat rumah, mungkin sedang bersusah payah mencari rezeki untuk kita. Dan janganlah kita menghampakan harapan mereka kpd kita. Bagi mereka yang dtg dari keluarga susah dan sederhana, mesti lebih faham keadaan sebegini.
 

Baiklah, rasanya ini entry terpanjang pernah aku hasilkan. Pesanan aku kpd rakan jpa, manfaatkan wang itu ke arah yang kebaikan. Bersyukur apa yang dapat. Berkat hidup di didunia dan akhirat. :)

Khamis, 13 Januari 2011

Terhasil sebuah karya seni:Geng Surau

Semalam berlangsungnya sesi fotografi secara tak rasmi yang melibatkan beberapa bakal eng.
Ini semua gara2 keghairahan untuk membuat resume sempena career fair yg akan berkunjung tidak lama lagi.
Nak letak gambar lama dalam resume, nampak macam budak ja (ye la,gambar 3 4 tahun yang lepas).
So memandangkan semua dah semakin handsome + kacak, keputusan di ambil untuk membuat fotografi sendiri.
Nak pegi kedai gambar, bajet dah buzz. Lagi satu 2 3 kali flash dah habis tak sempat nak posing depan camera.
Berbekalkan camera CSR pinjam, lokasi yang di pilih hasil rundingan meja bulat bersama untuk wajah2 yang suci lagi baik ini ialah surau berhadapan dengan bilik.Surau pon surau la,asalkan ada tempat yang sunyi dari orang.

Maka kesempatan ini telah di pergunakan dengan sahabis baik bagi mendapatkan gambar yang berkualiti dan bermutu tinggi. Terima kasih abg fotografi yang tidak berbayar, hanya berbekalkan kata2 manis untuk membuatkan beliau tidak jemu dengan karenah masing2.
Dengan harapan, gambar ini dapat menarik perhatian majikan2 especially women untuk memanggil kami berinterview dan seterusnya mendapat pekerjaan secepat mungkin setelah tamat study nanti.

Posing habis

Hasil daripada itu, rancangan baru telah terhasil : Geng Surau!!

Design di hasilkan Jeli The Photographer. Mungkin dia nak bodek aku untuk siapkan assignment dia, sebab tu aku di gelar 'The Assignment'!!


Sedikit pengumuman: Rancangan Geng Surau akan mengantikan rancangan Geng Sekolah tidak lama lagi di saluran Astro. Sekarang Geng Surau hanya menunggu kebenaran pelepasan tayangan drpd pihak berwajib kerana bimbang sekiranya terdapat unsur2 yang tidak di ingini dalam rancangan ini.


Bintang Utama:
Lan The Blogger
The Photographer

Selasa, 11 Januari 2011

Today is a new day

It seems like everybody knows today's date is quite special, 11-1-11.

And I'm sure some people will the take the advantages of this date to do something memorable so that easy for them to remember the date. 

Never mind, as long as they do not doing something that forbidden it is ok.

Actually, everyday is same for me but the different between yesterday, today and tomorrow is how we used that days with something useful. 

The popular quote "today is better than yesterday, and tomorrow should be better than today" is useless if we just sitting down without doing nothing. 

So, I wish everybody will get a better days and life, hopefully we always blessed by Allah.  :)


"In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure"




Isnin, 10 Januari 2011

Unusual Hotels

On my previous entry is about unusual buildings in world . Now we look to unusual hotels in the world.
So if anybody planning their holidays and want something different and interesting in living you can go n try it..enjoy :)


ICEHOTEL, Sweden
This unusual hotel is only built during the winter every year and it begins to melt in spring. To prevent this hotel from melting, a total of 21,500 cubic meters of “snis”, a combination of snow and ice, is used. This is 62-room hotel has various suites such as the deluxe suites and the arts suites. Right next to the hotel is a church, also made from ice and it opens on Christmas day. Approximately 150 couples have their wedding there each year. There is also an ICEBAR that serves drinks in glasses made of ice.
Please prepare thick sweater if u can't stand with cold..hehe


Hotel Palafitte, Switzerland 
This hotel consists of 40 units called pavilions, of which 24 are built above Lake Neuchâtel. These units are somewhat like a small bungalow and comes with a balcony, a Jacuzzi, a mini-bar and nespresso coffee machine. Some of the hotel’s eco-friendly features include collecting rainwater to flush the toilets and generating electricity through solar panels.
The best place to calm and relax your mind.

 
Gamirasu Cave Hotel, Turkey
If you enjoy holidays that offer a more natural setting, then there is the Gamirasu Cave at Cappadocia, Turkey. Gamirasu used to be a Byzantine monastic over 1,000 years ago. Monks carved 30 rooms out of the soft volcano rocks called “Tufa”. The room’s temperature is kept at approximately 20 degrees Celsius throughout the year.
No clear view inside the hotel. Looks like haunted.

Queen Mary Hotel, USA
Queen Mary is actually a ship liner that was converted to become the largest and the fastest troopship of the era. The ship used to carry as many as 15,000 soldiers during World War II. 
You can imagine like in Titanic if you was there.
  

Palace of Salt Hotel, Bolivia
Salt is something that we consume on a daily basis. Now, humans have found a new use for it; to build a hotel. This hotel has one rule though − visitors and guests are not allowed to lick the walls! This ‘Palace of Salt’ also has a sauna, saltwater pool, steam room and whirlpool.
No need to worry for cooking. Just pick up from the wall..haha

 

Ahad, 9 Januari 2011

No more Facebook in our life

Tetiba terbaca status member, Mark Yoe (dia bkn org Amerika k,still makan sambal belacan) kt fb pasal berita ni. Dan sebab mengapa Mark Zuckerberg nak tamatkan riwayat fb ialah:

“Facebook has gotten out of control and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness. I don’t care about the money and I just want my old life back.”

Memang la dia tak care pasal money sebab dalam akaun bank dia dah tak terkira duit.Dan dia berkata lagi:

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Go outside and make real friend??kalau sorang dok Kedah,sorang lagi dok JB mcm nak buat kawan?

Antara feedback hasil dari berita ini ialah:

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?” 
Mak ai,sampai 10 jam dia main fb. Lebih banyak dari masa tido aku.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Fb dah jadi macam gam gajah kot,susah nak tanggalkan dalm kehidupan seharian.

So, andai Mark masih lagi dengan keputusan untuk shut down fb maka nikmati lah fb sepuasnya sebelum ia hilang dari screen computer kita. Selepas 15 Mac tahun ni, tiada lagi komen,gambar,status,friend,game dan macam2 lagi. Kalau korang sayang sgt dgn fb,print ja screen..hehe

Alternatif megantikan fb, become blogger..haha
Tuan empunya Friendster dah kembali senyum nampak. Kalau dah terlupa password fs, rasannya beter register lain la ek sbb akaun fs yg lama dah bertahun x update!

Sumber bukan dari WikiLeaks

Why 1 is “one” and 2 is “two”?

The numbers we write are made up of algorithms, (1, 2, 3, 4, etc) called arabic algorithms, to distinguish them from roman algorithms (I, II, III, IV, etc)
The Arabs popularize these algorithms, but their origin goes back to the phenecian merchant that used them to count and do their commercial countability.
Have you ever asked why 1 is “one” and 2 is “two”? What is the logic that exist in the arabic algorithms?

The answer is it refers to the number of ANGLES.






So, why '0' is zero? Simple, a circle has no angle so it’s 0.


Sharing is caring. Source

Ketenangan yg hakiki

5.25am dikejutkan dengan panggilan misteri, no yang tiada dalam list phone. Bila angkat diam plak dia. Ishh,sapa la  ni pagi2 buta call org. Ini menyebabkan tidur aku terganggu dan sukar lelap semula walaupon baru 3 jam aku beradu. 

Pusing kiri, pusing kanan,golek kiri,golek kanan. Pelbagai teknik dilakukan kuak dada, meniarap,mengiring masih tidak berhasil. Cuba tido gak tapi tak menjadi. Dan menjadi tabiat aku susah nak tdo balik klu di kejutkan oleh sesuatu perkara. Fikiran dah terganggu dengan panggilan unknown tadi.

Keputusan di ambil untuk bangun sementara menunggu azan Subuh di laungkan. Merenung jauh ke luar tingkap, alunan merdu tadarus Al-Quran senang lunak di pasang dari masjid yang berdekatan. Subhanallah, dalam hati terlintas perasaan tenang di tambah suasana pagi yang sunyi lagi dingin di sertakan pemandangan gelap hanya di terangi lampu2 jalan.Hanya tinggal beberapa bulan dari skrg pemandangan sebegini sudah tidak dapat aku hayati lagi.

Selalunya hati kita sentiasa resah dengan perkara duniawi termasuk lah diri aku. Apa yang hendak di sampaikan di sini ialah untuk mencari ketenangan jiwa yang terbaik ialah dengan mendekati kalam Allah yakni Al-Quran. Memang meruntun jiwa dan perasaan aku apabila mendengar alunan merdu bacaan nya.

Baiklah,dah subuh ni. Tak baik melengahkan solat. Pesanan dari aku kepada pembaca semua, rajin2 kan diri membaca Al-Quran k walaupon paling malas sehari seayat. Lagi banyak lagi bagus. Tak rugi sebenarnya sebab ini adalah pelaburan kita untuk ke alam akhirat nanti. Berpesan2 lah sesama kita dengan kebenaran. Thanks for reading :)

Sabtu, 8 Januari 2011

Persediaan jika nanti dapat orang utagha..

Pakat2 mai blajaq loghat utagha & tambah prosakata utagha msg2 (kalau belum penah dengar lagi).
Penting ni bila korang dapat mentua org utagha cakap pioww punya pekat hang pa tak payah la gaqu(garu) kepala or cari kamus sbb mmg tak akan jual di pasaran...hehe




Tonyoh - gosok

Qeyau - menangis
 
Qenyih - senyum
 
Lempaq - baling, lontar
 
Jatuh tetemoih - jatuh tersungkur
 
Ligan - kejar

Tak celuih - tak muat
 
Cemuih - bosan

Mot - bawa

Qabat - panjat

Baloq liat - penyegan,pemalas

Tabuh - pukul



Sebenarnya banyak lagi tapi hanya tulis apa yang terlintas di fikiran. Sesapa nak tambah lagi boleh lah tinggalkan komen. Nanti kalau rajin entry ni akan di update :)  

Jangan sampai berbelit lidah ok.
Kalau di beri pilihan nak belajar loghat yg ada di Malaysia ni, aku pilih loghat perak.. (tertarik dgn hasil karya mamat khalid)


Soalan trivia : Loghat utara dgn loghat kelantan mn yg lebih senang faham?  



Jumaat, 7 Januari 2011

Review: Unstoppable

Dah tengok??belum??Kalau dah tengok tak payah la baca k...

Sebenarnya movie ni dah lama keluar,November 2010. Baru semalam aku tengok.
Mengisahkan seorang engineer kereta api berpengalaman selama 28 tahun bernama Frank Barnes lakonan Denzel Washington bersama co-worker nya iaitu Will Colson (Chris Pine). Will memulakan tugasnya buat pertama kali bersama dengan Frank tetapi perkara yang tak di duga telah terjadi.

Disebabkan oleh human errors and lucks (based on dialogue said), sebuah kereta api (dipanggil 777) telah bergerak dengan sendiri tanpa pemandu. Ni semua angkara budak gemuk yang kononya pro dan berlagak pandai. Frank dan Will mengemudi kereta api (dipanggil 1206) yang lain tetapi berlawanan arah perjalanan dengan 777.

777 dan 1206 hampir berlanggar head to head tetapi 1206 sempat ke landasan yang dipanggil 'siding' atau lencongan landasan. 777 terus bergerak dengan laju hampir 70mph. Nak di jadikan cerita Frank dan Will ambil keputusan untuk menyelamatkan 777 sebab muatannya terdiri daripada bahan kimia dan mudah explosive. Erti kata lain,diaorang terpaksa kejar balik 777 dan cuba slowdown speed dengan lock ekor 777. Kat sini aku belajar satu ilmu,rupanya kepala kereta api dapat bergerak berlawanan arah tanpa perlu pusingkan kepala.

So berlaku lah aksi2 yang mencemaskan. Walaupon kita dah boleh agak di mana ending mesti 777 dapat di selamatkan tetapi yang menjadi persoalan apa yang berlaku semasa diaorang kejar 777. Agak menarik movie ni tapi  hasil diskusi bersama penganalisis filem melayu dan antarabangsa Anak Pak Muin , ujarnya ending kurang menarik. Mungkin sebab beliau dah berpengalaman dalam dunia perfileman ni kot.

Apa2 je la,asalkan aku enjoy dengan movie ni. Maaf la ek kpd pembaca sebab ni first time membuat komen pasal filem, mungkin cara dan gaya penulisan kurang menarik,berterabur. Sebelum ini tak pernah lagi, cuma banyak membaca daripada menulis sendiri. :)




-Selamat berhujung minggu-

Khamis, 6 Januari 2011

Sembang orang kaya

Mat : "Ko dah masuk bpa juta dlm akaun?"

Lan : "3.5 juta,cukup x ni?"

Mat : "Entah la,rasanya cukup kot. Jap aku check baki dulu"
Lan : "Aku rasa biar banyak tak pa, tak rugi pon kita"

Mat :  " Ok2, diorang dah stuju nak topup lagi 3 juta. Jumlah semua 6.5 juta sekarang"

Lan : " Orait,jap aku p ambik lagi. Kadiaq, mai teman aku p ambik sat"

Kadiaq : "Oraitttt...."

Selepas beberapa minit....

Mat : "Dah setel dah, sekarang baki ada lagi 20 juta. Kita p tempat  lain pulak"

Rupa2 nya Mat dan Lan ialah orang yang bertanggungjawab masuk duit dalam mesin ATM. Kadiaq pula ialah pengawal keselamatan bersama senapang patah yg sentiasa di peluk walau kemana jua semasa bertugas.

Nama samaran terpaksa di gunakan untuk mengelakkan identiti mereka terbongkar.
Lokasi perbualan: ATM USM
Masa: Hampir2 nk azan Asar


Perghhh....bayangkan klu korang dapat duit sebanyak semua tu apa nak buat???

Pagi yang gembira

Aku sebenarnya tak terlintas nak tulis entry pepagi buta ni tapi di sebabkan oleh keputusan epl yang mengejutkan membuat aku tersenyum sinis sambil memandang rumate aku yg sedang tido lena. Kesian, nyenyak sungguh dia tdo. Mungkin tengah bermimpi kekalahan pagi tadi kot..


Mulakan dengan Chelsea, telah di baham dgn spesis serigala dgn kejam pagi ni. Game baru minit kelima dah kena baham. Yang paling pilu skali harapkan pagar,pagar makan bunga. Oh Jose Bosingwa, aku tumpang bersimpati...hahaha


Team yg ke 2, Meriam dgn adik tiri Man U aka city. Ingatkan banyak gol yang boleh buat tapi hampeh dua2 team telur ayam. Menurut sumber yang tak boleh di percayai, city main lebih ayam berbanding arsenal. Tak kisah la main mcm mana pon, yg penting sekarang korang dah tolong Man U dok kt atas...hahahahaha

Team yg ke 3 iaitu team baru rumate aku Spurs. Dia telah berpindah ke kelab ini tanpa sebarang bayaran sebab tak laku dan Chelsea asyik kalah ja. Dulu cukup setia dgn Chelsea. Sayang kena baham gak dgn Everton. Aku dah pesan kt dia,klu nak tukar kelab pilihlah kelab yg ada masa depan mcm Man U walaupon jadi simpanan ja. Sekarang tgk apa dh jadi...hahaha

Opss,terlupa lak..Liverpool tak ada dalam senarai pemerhatian aku sebab diorang tak ada ancaman untuk MU. They always walk alone (kalah lagi...hahaha) 

Cukuplah stakat ni, nanti tak pasal2 moto tayar aku pancit sebab fan ketiga2 team berkenaan memprotes penulisan aku pagi ni...Tak pasal2 blog aku kena ban nnt...gelak skali lg dgn rasa megah...hahahaha

Harap maaf,entry ini hanya untuk peminat bola sahaja

Selasa, 4 Januari 2011

Harun Yahya Conference Tour Malaysia & Singapore



Kenal tak dgn Harun Yahya??? Klu tak, pegi tya Uncle G ok..
Salah satu penemuan beliau yg popular ialah menyangkal ‎"the evolution teory of darwin" oleh Charles Robert Darwin. So nak detail lg kena la mai ramai2 conference ni especially USM student..


Lepas p conference boleh la nak jalan2 queensbay or padang kota pekena rojak ka..haha



(ENTRY INI TIDAK BERBAYAR & TIADA PENAJA)

Isnin, 3 Januari 2011

Why is computer better than women?


  1. Computer does not care how you look.
  2. Computer can’t be angry if you not respond immediately.
  3. Computer always wait for you
  4. Computer can’t have PMS.
  5. Computer never forgets your birthday.
  6. Computer can’t compare you to previous user.
  7. Computer did not accept calls from previous users.
  8. Computer doesn’t say: “Do you come home now?”
  9. Computer doesn’t ask: “Do you have another computer?”
  10. Computer never start a conversation about marriage.
  11. Computers don’t care if you’re married.
  12. Computer can’t look your phone book or digging through your pockets.
  13. Computer is simply Start and Shut down.
  14. You can share computer with friends.
  15. Computer doesn’t make a scene when you arrive home late.
  16. Computer not shave his legs with your razor.
  17. Computer will not call you 100 times a day.
  18. You don’t need to say him that you love him.
  19. Computer doesn’t care for the difference in years.
  20. Computer has a warranty.
 
But for me im still interested with women than computer..hahaha

This entry just for fun. We cannot compare the humans that create by Allah with the things that create by human itself!!

Ahad, 2 Januari 2011

Kau pergi, dia datang...

Title blog dah macam putus cinta..haha..Tak ada lah, 2010 pergi 2011 datang..
Dah 4 hari tak buka blog ni, last update tahun lepas..tahun ni baru nk update (lamanya..haha)..sory kpd semua blogwalking yang tak sempat nak balas kunjungan. Insyaallah nnt aku terjah blog korang.
Sebenarnya entry ni nak post before new year tapi tak sempat. So tak kisah la bila2 pon asalkan aku update blog aku..Tak la terkubur je blog ni..hehe

Aku pon malas nk taip panjang2 sebab akan membuatkan pembaca bosan. Cukuplah kita menelaah buku pelajaran, dekat blog ni kita relax2 sudah..hehe..Jom usha beberapa gambar aktiviti aku sepanjang 2010 ok.


Seoul Garden Lunch
Praktikal @ HICOM HONDA MANUFACTURING..terbaik!!

Motorola Penang Visit

Berbuka puasa dekat rumah sahabat aku (Kapten Rizal @ Pak Lah)

Dekat rumah Pak Lah

Jurutera bakar ikan profesional-Berbuka dekat rumah sahabat aku lg (Syuhada @ Chu)

Kenangan di rumah Chu

Visit to Inokom Kulim. Memang pengalaman tak dapat lupakan seumur hidup aku dapat tengok BMW 5 series baru (F10) assembly kt sana. Klu aku jutawan confirm ak sambar sebijik.Ambik gmbr dlm tenet sbb kt sana no camera allowed

Berbuka @ Hydro Hotel Penang 1
Berbuka @ Hydro Hotel Penang2

Berbuka @ Hydro Hotel Penang 3
 
Vortex Tube design challenge. Penat siot tapi best









Jamuan Raya Mechanical student batch 2007/2008. Semoga persahabatan kami semua kekal sampai bila2 :)

Kenangan yang manis haruslah di kenang tetapi kenangan yang pahit haruslah di telan. Mcm tu lah kehidupan, mana ada dalam dunia ni manis belaka nanti tak pasal2 dpt kencing manis lak, nak makan sambal pon kena ada masin gk kn. So semua berlaku atas kehendak Nya dan mesti lah redha dengan hati yang terbuka. Ada hikmah apa yang berlaku..

Apa matlamat aku untuk 2011??grad?kerja?beli keta?cari pasangan hidup?haha..
Apa2 pon azam,matlamat,impian tahun baru biarlah ia di berkati dan di redhai Allah..Tak guna kalau bahagia tapi di murkai Allah kan..So hopefully this year better than last year.. :)

"Selamat Tahun Baru 2011"
"Selamat Tahun baru Hijrah 1432"(masih dalam bulan Muharram)